Tak tau kenapa nak buat entry ni. Mungkin sbb terlampau bosan and saja nak share apa yg aku fikir sekarang. Nak tanya kat korang. Korang rasa puas tak dengan apa yg dicapai dlm hidup setakat ini? Dan korang rasa gembira tak dengan apa yg korang buat sekarang. Tak kira la korang belajar ke,kerja,berbisnes mahupun jadi fulltime housewife. Aku? Tah la. tak tau nak ckp macam mana.
Tapi just nak share ngan korang semua. Sejak kecik aku mmg tak suka maths. Paling tak suka. Yg aku suka dl subjek BI. Siap msk persatuan BI time sekolah rendah. Tah la nape tah aku tak suka math. Mayb sbb aku tak suka benda2 yg memeningkan dan kena berfikir. Sampaila aku msk 2ndary school. Masih tidak sukakan maths. Time tu subjek ape eh aku suke. PJ kot. Tapi BI still suka. Time f4 ape tah nama teacher ni tak ingat. Dia baik. Kalau apa2 mst dia panggil nama aku. So tu salah 1 sbb aku semakin sukakan subjek BI. Tapi suka tak bermakna aku pandai BI. No. No. No. BI aku biasa2 jek. Add math? Lagiiila aku fail. Ingat lg time f4. 1st sem exam. Add math aku dapat 4/100. time tu biasala ramai yg failed add maths. Tapi 4/100 rasa mcm ko tak blaja langsung kan?huhu. Tp nasib baik spm add math berjaya lulus.
Then masuk matrix. Masih sama. Maths bukanlah pilihan. Ooo. Ye. Tp aku suka subjek akaun and subjek yg menghafal atau reading subjek.suka akaun pun sejak dr f5. Msk matrix akaun. Result akaun,bisnes,BI good2 jek. Tp economy and maths?kelautttt. Ok. Malas nak pk. Sammmmpai la masuk UUM. Aku dapat course statistic! What the ****! Aku tak suka maths. Tp dpt course yg strongly berkaitan sgt dgn maths. Redha. Berjuang jugak habis2an dari sem1 smpai sem6 dgn algebra,discrete,statistic,calculus dan mcm2 lagi yg aku da tak ingat nama subjeknya. Dan last sem berjaya jugak la dapat pointer 3.6++. Tu pon setelah torturing myself utk bgn pagi2 and pergi study dekat library everyday masa nak exam! Sbb kalau kat bilik mmg study aku kelaut. Game,movie especially katil semua depan mata. Tssk.
Hurm. Sekarang? Masih lagi dlm kepompong nombor. Bukan math. Nasib baik bekerja dlm bidang akaun. Entahla. Sebenarnya maths tu best. Especially kalau da tau apa formula yg kita guna. tak susah pun. Tp still hati aku ni bila nampak mathematics terus down. Hoi. Da abis degree dlm stat pun ko rasa cmtu kan. Nampak sgt low self esteem. Pffft.
Tak puas.sbb aku tak gunakan sepenuhnya apa yg aku dah penat lelah belajar dulu. Tak puas bila rasa gaji yg ada tak sebanding dengan penat lelah belajar dulu. Terkesan bila tgk kawan2 lain dah ramai menuju ke era master dan PHD. Aku pulak? Msh berada di takuk lama. Hanya berbekalkan dengan degree yg ada bersama kerja yg biasa dengan gaji yg tak seberapa.....
Bila dah rasa mcm ni. Selalunya peneman aku adalah kata2 motivasi yg org letak kat fb,ig,twitter atau kat mana2 jela. Bila dah baca. Hayati. Baru perasaan reda. Biarlah. Dengan gaya hidup sebegini. Yg tak seberapa ni. Asalkan kita selalu ingatkan Allah. Mungkin kalau hidup terlampau senang ataupun dah terlampau berpuas hati dgn hidup membuatkan kita lupa diri dan lupakan Allah. Mungkin juga kita jadi riak ataupun sombong dgn apa yg ada. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya. Allah is the best planner :)
No comments:
Post a Comment