ADS

ADS

Friday, March 29, 2013

:: Perkembangan :)

Assalamualaikum w.b.t semua...

nak up entry lagi. eh bukan3. entry ni still xde gambar baby aku. heee. cume nak cerita sikit pasal perkembangan anak aku yg semakin mengembang tuh. ehh?? :D semalam pergi checkup kat clinic. bukan checkup apa pun. nak inject princess Khayrah aka Iqlima ni.Injection for Hepatitis B 2nd dose. owh. ye. mungkin ada yg pelik. kenapa da nak masuk 3months baru nak inject 2nd dose. seperti yang telah diinform  di entry sebelumnya my baby is a premature baby. so bayangkan jek la kalau dah kena paksa bersalin baru masuk 32weeks time tu. bayangkan pulak berat dia berapa time tu. thats why kena masuk incubator. so time pas lahir tuh mmg takde apa2 injection (BCG and Heptatits B dose 1) sbb baby aku teramat la kecik and halus lagi time tuh. time baby aku 2bulan (bila dah keluar incubator) baru dia dapat semua injection yang first tu yg sepatutnya dapat time lahir. so thats why pengambilan injection dia lambat sebulan dari baby2 yang lahir secara matang. ok ko faham tak? tak faham? xpe abaikan.

sambung cerita balik. nurse kat clinic tanya macam2 pasal baby aku. maksudnya apa perkembangan yang aku nampak. ermmm ikutkan banyak jugak perkembangan yang aku nampak. bukan sahaja dari naiknya berat and semakin panjang. lain2 pun ada gak. contohnya baby aku dah mula senyum bila diagah (tu pun kadang2 jek.ikut mood dia nak layan ke tak). pastu nurse ada tanya baby terkejut tak kalau tiba2 ada bunyi kuat. yang tu mmg ada. sbb aku perasan kalau bising sgt baby aku mmg susah nak tidur. pastu lagi nurse tanya, baby aku nampak tak apa2 yang kita buat. contoh kita letak jari kat depan mata dia and gerakkan. ada tak anak mata dia ikut pergerakan jari tuh. yg tu pun ada. cuma baby aku ni selalu sgt pandang atas kanan. apa yg ditengoknya tak tau la aku.well so far nurse kata berat and panjang baby aku menunjukkan result yang positif walaupun tak sama la dgn baby yg lahir secara matang. . tapi baby aku agak cepat la gak naik semua tuh. and dorang pun faham kalau lambat sikit pun coz da baby premature. semua yang ada kat baby aku time keluar dari perut ni semua tak matang lagi kan. tapi aku tak kesah la asalkan perkembangan yang ditunjukkan sentiasa positif. Alhamdulillah.... :) lepas da abis kena interview ngan nurse tibalah masa untuk my baby kena inject. inject kat peha belah kiri. papa dia yg tolong pegangkan. aku tak sanggup. sian nak pegang dia kuat2. mmg time jarum tu dicucuk jek anak aku nangis kuat gila. naik biru muka. Ya Allah kesiannya anak aku. tapi nak buat camne kan. mmg kena inject jugak kan. tapi nasib baik kejap jek jek dia nangis. pas da pujuk2, bwk dukung terus senyap and sambung tidur. alololo... sian anak mommy :(

then nak cerita pasal malam tadi. cam biasa baby aku akan akan bgn setiap sejam setengah ke 2jam utk minum susu. so dalam pukul 1.30am dia da bangun. pas minum susu and 'burp' mata dia still segar bugar and bulat. aik pelik aku. slalu pas minum susu jek dia tido balik. mula2 aku ingat dia tak selesa coz sejuk and pampers da basah. pastu tukar la pampers, tutup aircond and on kipas lak.then aku tepuk2 kasik tido. still tak tido gak. mata bulat gaya mcm bangun siang lak. adoiii hai nyer pun. bila diajak berborak nak pulak. sah ni mmg dia da puas tido siang ni. masalahnye dia takmo baring kat tilam jek. nak aku pegang. pulak dah. last2 aku dok layan la dia. pastu saje jek masukkan dalam buai. enjut2.. pun still tak de mcm nak tdo. benti enjut mata pun terbukak balik. turun buai balik. baring sebelah dia. tapi mulut dia tak diam. da start nasyid coz aku tak layan dia. last2 aku pon duk layan dia borak. sampai kul 3.30am cmtu da start nak susu balik. pas bagi susu. letak la atas peha. tepuk2. time tu mata da nak terpejam da. menguap toksah kira da brape kali menguap tapi still tak tido gak. last2 aku masukkan balik dlm buai. tu pun dalam pukul 5.00am lebih baru dia lelap and tido dgn nyenyaknya. adeh. kalau hari2 cmtu cmne? pengsan! hahaa. da pulak aku sorang2 melayan dia mlm tadi. makin lama makin bijak la anak mommy ni. :)

No comments: