ADS

ADS

Wednesday, May 19, 2010

::Di peTanG haRi...

Di suatu petang yg damai,opismateku yg bername Maz mengajakku ke koop. 'Ida, g koop jom!nak beli barang2 pantry'. Aku lantas mengangguk. 'Kite 2 org jek ke??', tanyaku.'Kak ija nak ikot!', dgn pantas kak ija (juga ofismateku) bersuara. Selepas meminta kebenaran dari pegawai tadbir aka pemangku boss iaitu kak fifi (name glemer barunye) kami pon beriringan menuju ke koop. Minggu ini adelah minggu yg agak tenang dan riang bagi kami seopis. Ini kerana boss tercinta telah mengambil research leave atau dlm Bahasa Melayunya cuti penyelidikan. Kami tega meredah hujan gerimis sepanjang jalan ke koop. Dalam hatiku berbisik 'Ni kalau demam syok ni, bley dapat mc!wakakkaa'.... Setibanye di koop mataku tertancap pada sebiji buah yg agak pelik. Terdengar suara sumbang di belakang sane 'Tu buah betik dik. 3 biji 2 ringgit', jerit macik koop yg bertugas. 'Aikkkk...buah betik ke??bia betik.xpenah aku tengok betik sekecik ni...' hatiku berbisik. Nampak sgt aku lemah bab2 buah2an tempatan. Setelah abis meneliti buah betik tersebut aku lantas mengambil bakul (nak soping kan, kene ade bakul). Dengan ghairah opis2mateku mengambil ape saje barangan yg ade dalam koop. Biskut (beberapa jenis plak tuh), milo, perl cafe (ni pon kene ade ke??aku bertanye...mereka menjawab, 'yelaaa kasik ade tenaga buat keje!'...erkkk??), tisu, kuaci, handwash, air yogurt (pesanan dari kak fifi), kopok roller coaster, koko krunch dan beberapa jenis makanan laen yg xmampu untuk aku type disini. Aku dengan gaya selamba berkata, 'korang mmg suke abiskan duet opis kan'. Mereka dengan lantang menjawab, 'Kalau bukan kite sape lagi nak abiskn??hahhaa (tertawa riang).' Selepas berpuashati melihat bakul yg telah penuh melimpah2 kami dengan muke puashati terus menuju ke arah bilik pengurus. Maz berkate, 'Kak, nak invois. No. p/o blablabla.....'. Kakak koop tersebut menscan barabg2 yg dibeli. Kami menunggu ngan sabar (pada mulenye). 'nape panas kak?', tanye maz. Kakak koop menjawab, 'Aircond xde dik. renovation...kate 2minggu jek, ni da masuk 5minggu da'. Dalam hatiku berkata, 'da macam bilik sauna da.panasss...'. Setelah penantian yg agak lama kerana invois tidak dapat di print, kak ija dengan tegas berkata, 'akak nak balik dulu r. x tahan..panas...korg larat kan angkat brg 2 org??'. Kami mengangguk lemah. Ketika menunggu kakak koop menyiapkan invois, seorg budak lelaki berkata pada kami. 'Duduk r kak.alalala...malu2 plak'.Maz dengan pantas menjawab, 'arhhh, xde nye kitorg nak malu2 dgn ko'. Aku dlm mood xde mood ketika itu (kerana panas yg sgt2) malas untuk memberi ape2 reaksi. 'Akak comey ni sape name?',die bertanye padaku. 'Fairus.',aku menjawab (wtf...fairus mane plak aku curik namenyer ni)..Maz ketawa ketawa terbahak2...(hampeh nyer maz aku baru nk menipu..jgn la kasik pecah lobang)...cisss!!!'Budak ni budak baru ke kak?', tanye maz pada kakak koop. 'Budak practical...', jawab kakak koop. 'Nape tak suh die wat keje kak?dari u mane ni?', aku bertanya.'Uitm...Unitar...', jawabnye.'Pesal byk sgt u ko ni?',tanya maz pula. 'Saje....',jawab budak practical tersebut sambil mengeluarkan handphonenyer.'Fairus, no telefon ape?. Nanti senang2 boley call sy jek kalau nak barang ape2.sy yg kuarkan p/o, invois skang ni',kate budak practical tersebut padaku. Aikkkk..ini suda lebey...'Xpe2, akak bley dtg sini jek takyah amik2 no phone',ujarku. 'Alaa...xpe...kasik jek la...',dia masih tidak berpuashati. Maz dgn lantang berkata pada budak practical tersebut, 'Uit, dah2 ko jgn nak mengorat2 da'. 'Dah2 jom balik!',kataku. Budak practical tersebut mengekori kami ke muka pintu dgn muka yg masih tidak puashati. Sampai di muka pintu, 'alamak fairus hujan la', kate maz kepadaku (aikkk die pon da terpengaruh pgil aku fairus..wakakakaa). 'Ha tu la, tengok da kene tulah sy.dah ujan. tak bley balik..hehee', dgn gembira budak practical tersebut berkata pada kami. 'Hampeh gasss punye budak', bisikku dlm ati. 'Kitorg bley naik tangga', kataku dgn muke berlagak. 'Tangga ni bley naik kan bang?', aku bertanye pada kontraktor yg ade disitu. 'Buleh dikk', jawabnye. 'Ala fairus..relax la....bagi no tepon dl', budak practical masih belum mengalah. 'Dah2...g wat keje la budak practical', kataku. 'Ko jgn ngade2 la budak.aissshhh',sampuk maz. 'Alaaaaa........', dengusnya. Tiba saje di opis, tersebarlah 1 opis ceritaku dingorat oleh budak practical hingusan. cisssss.... bukan salah aku kalau kene ngorat..da muke aku mude remaja..nak wat camno!!wakkakaa...dan bermula semalam nameku bertukar menjadi Ida Fairus.... (wtf~~~~~)

No comments: