ADS

ADS

Showing posts with label ::Family. Show all posts
Showing posts with label ::Family. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

:: Muhammad Uwais Bin Mohd Syapri :)

Assalamualaikum wbt ... dah lama gile tak update blog ni. Berapa kali type last2 tinggal kat draft sebab melayan Muhammad Uwais. Jeng3. Sape Muhammad Uwais??? Meh meh nak story sket.

Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan seorang baby boy seberat 2.75kg on 12/12/2014, jam 3.28pm. Nama baby ialah Muhammad Uwais Bin Mohd Syapri. Maksud nama korang boleh google la kot kan. Hihihi.

Alkisah cerita kelahiran Muhammad Uwais ni camni citenya. Malam 11hb tu aku da sakit2 perut sebenarnya. Asik rasa nak ter..... jek. Brape kali keluar masuk toilet. Tapi aku ingatkan sakit perut biasa jek la kan. So malam tu memang tak tido nyenyak sbb kejap2 bangun. Nak kejut incikhubby tak sampai hati pulak.

Dah  pagi tu siap2 la nak g keje. As usual incikhubby yg hantar sebab mmg tunggu masa nak bersalin. Time tu inform la incikhubby pasal perut aku yang tak sedap. Incikhubby kata takyah la g keje. G hosp utk check. Aku cakap takyah. Sbb previously pun rasa sakit2 camni pastu iye2 jek g emergency last2 doc cakap tu false contraction jek. So aku bajet false contraction jugak la yg kali ni.

So still jugak la pergi keje. Tapi dah siap2 pesan kat incikhubby jangan g memana and standby area ofis aku jek. Sbb takut tiba2 nak balik. time kat ofis mmg aku tak boleh buat keje. Contraction menjadi2. Actually start pukul 7 lebih pagi tu aku da catat every berapa minutes rasa contraction. So kalau ikut dari tu mmg rasa sakit 5-10min.

Then dalam pukul 10.30am aku rasa betul2 dah tak larat nak buat kerja terus inform kakyana manager aku tu yg aku nak balik sebab tak larat. Dia siap pesan takyah balik terus jek ke hospital utk check bukaan. Dalam kereta tu aku cakap kat incikhubby takyah la g hospital. Aku nak balik rumah rehat jek. Boleh la camtu kan. Tapi incikhubby berkeras jugak nak ke hospital.

Sampai hospital terus ke emergency. Nasib baik tak ramai org. So nurse terus cek bp semua and cek ctg. Doc pulak cek bukaan. Rupa2 nya time tu bukaan da 4cm. So doc suruh nurse tolak aku ke labor room. Time tu aku cam blur2 lagi. Eh betul ke kena bersalin harini. Nurse pulak da siap called incikhubby suruh prepare baju baby semua.

Dalam 11am lebih aku masuk labor room. Doc informed selalunya nak tunggu bukak lagi 6cm lebih kurang 6jam gak kena tunggu. Dalam hati aku makkk aii lamanya. Dah doa macam2 dalam hati supaya dipercepat dan dipermudahkan.

Aku pulak dengan tak breakfast and tak makan ape2 langsung. Mintak ngan nurse nak makan dulu sbb takut takde energy nak push. Nurse gtau actually dah masuk labor room tak boleh makan. Tapi dia kesian and suruh la aku called incikhubby beli milo and roti. So tu jek yg sempat aku makan before deliver.

Dari 4cm ke 5cm tu agak lama jugakla tunggu. Time tu boleh tahan sakit lg. Pastu doc informed nak pecahkan air ketuban. And nak masukkan ubat air utk cepatkan progress. Pas pecah air ketuban rasa lega sket. Tapi pastu contraction makin kuat. Pas masuk ubat tu lagiiiiii la bertambah sakit.

Aku just boleh pejam mata and doa apa yg patut. Rupa2nya time tu mak aku dah sampai hospital and tengok progress bukaan aku dari luar. Dia siap tanya nurse apa aku buat kat dalam labor room. Nurse kata aku nampak ok je and tgh tdo. Eh eh bilanya aku tdo. Pejam mata jek nak lawan rasa sakit. Huhuu.

Bila dah time sakit yg teramat sgt tu aku pun panggil nurse. Dia cek bukaan pastu cakap sabar ye puan. Still 5cm. Aikkk. punyala rasa sakit still 5cm???? Tak caya aku! Pastu dlm 5minit aku panggil nurse lain pulak. Dia cek lagi bukaan. Sekali da bukak 8cm da. Haaa kelam kabut prepare pape yg patut. Sampai doc terlupa nak panggil incikhubby masuk. Hukhuk.

Time tu doc tapi tak bagi push lagi. Tapi aku cakap tak tahan. Betul2 rasa nak terberak and nak push jugak. Pastu doc kata push jek la. Simpan and curi nafas then push. Perghhh. Mmg berkali2 la cubaan menge'push'. Doc bagi aku sedut ape benda mcm oksigen tu utk tahan sakit. Tapi yg hadooo aku rasa rimas jek pakai benda tu plus still rasa sakit jek.

Setelah berkali2 tak boleh aku cakap kat doc aku dah tak larat. Suruh doc buat la apa2 yg patut. Aku siap suruh doc vacum.sekali kena marah daa ngan doc. Hahaa. doc ckp baby takdela besar mana. Kang kalau vacum takut kepala baby tak cantik.

Then setelah diberi semangat oleh doc2 dan nurse2 yg ada maka terkeluarlah kepala. Pastu push lagi keluarlah seluruh badan baby. Alhamdulillah..... aku ingat dah setel.sekali doc suruh push lagi utk keluarkan uri pulak.

Haaa. Masa time kepala baby dah keluar doc suruh aku jenguk kepala baby tu. Aku blur2 jek. Yg aku nampak byk darah. Nasib aku pakai contact lense kalau tak kelabu asap la tak nampak apa lgsg. Hahaa. Pas baby keluar terus doc letak baby atas dada aku. Ya Allah time tu aku tak dapat nak gambarkan mcm mana perasaan. Semua rasa sakit hilang!

Lepas semua keluar,tibalah saat jahit menjahit. Time jahit tak rasa apa pun sbb doc da bius. Memula jahit dlm. Pastu jahit luar. Time tu brape kali aku tanya doc bila nak siap. Sbb aku rasa macam lama jek doc tu jahit. Kui3. 6 jahitan kena. Amik kawww.

Pastu nurse amik baby utk dibersihkan and doc suruh aku rest. Time tu dapat la air milo. Tp aku minum sikit jek sbb penat and mengantuk. Time tu smpat la lelap jap b4 nurse kejutkan nak bwk aku and baby ke wad. Sebelum keluar ke wad incikhubby azan and iqamahkan baby.

Alhamdulillah... syukur sgt2 urusan bersalin aku ni Allah permudahkan. Dengan berkat doa suami,family and kawan2 serta berkatnya baca surah Maryam. 11am lebih msk labor room. 3.28pm selamat bersalinkan Muhammad Uwais.

Muhammad Uwais Bin Mohd Syapri... mommy and papa doakan semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yg soleh. Muhammad Uwais pemberian Allah sebagai pengganti kakak Khayrah Batrisyia.

Khayrah Batrisyia... u will always be our baby. Mommy and papa  sangat2 sayangkan kalian berdua. Cuma bezanya kakak Khayrah Batrisyia berada di alam lain bersama Maha Pencipta.

Muhammad Uwais...mungkin mommy and papa tak dapat berikan kesemuanya sempurna. Tapi mommy and papa akan berikan yg terbaik utkmu syg. Ya Allah permudahkan urusan kami dalam menjaga amanahMu ini. Amin...

Jom layan gambar2 Muhammad Uwais. Welcome to the world my dear. Muhammad Uwais day 1:

Monday, August 12, 2013

:: Aidilfitri 1434H - teaser

Teaser bagaiii. Padahal pasal raya jek kot. Tapi disebabkan gambar raya terrrrrlalu banyak so tak sempat nak filter mana yang nak diupload. So ini teaser untuk day 1 Aidilfitri 1434H. Aktiviti utama bermaaf-maafan :)

Friday, August 9, 2013

:: Eidulfitri 1434H - day2

Off to Kuala Kangsar. Moh kite balik kualeeee. Tak tau nak buat apa. Camwhore jek la. Incikhubby malas nak layan. Aku dalam kete da jadi uji rashid, noorkumalasari, siti nurhaliza and jadi retis2 lain. Karoke lagu2 raya yg keluar kat radio. Sok Incikhubby da keje. Bosan la iols duk umah jek...hurmmm.

Friday, March 29, 2013

:: Perkembangan :)

Assalamualaikum w.b.t semua...

nak up entry lagi. eh bukan3. entry ni still xde gambar baby aku. heee. cume nak cerita sikit pasal perkembangan anak aku yg semakin mengembang tuh. ehh?? :D semalam pergi checkup kat clinic. bukan checkup apa pun. nak inject princess Khayrah aka Iqlima ni.Injection for Hepatitis B 2nd dose. owh. ye. mungkin ada yg pelik. kenapa da nak masuk 3months baru nak inject 2nd dose. seperti yang telah diinform  di entry sebelumnya my baby is a premature baby. so bayangkan jek la kalau dah kena paksa bersalin baru masuk 32weeks time tu. bayangkan pulak berat dia berapa time tu. thats why kena masuk incubator. so time pas lahir tuh mmg takde apa2 injection (BCG and Heptatits B dose 1) sbb baby aku teramat la kecik and halus lagi time tuh. time baby aku 2bulan (bila dah keluar incubator) baru dia dapat semua injection yang first tu yg sepatutnya dapat time lahir. so thats why pengambilan injection dia lambat sebulan dari baby2 yang lahir secara matang. ok ko faham tak? tak faham? xpe abaikan.

sambung cerita balik. nurse kat clinic tanya macam2 pasal baby aku. maksudnya apa perkembangan yang aku nampak. ermmm ikutkan banyak jugak perkembangan yang aku nampak. bukan sahaja dari naiknya berat and semakin panjang. lain2 pun ada gak. contohnya baby aku dah mula senyum bila diagah (tu pun kadang2 jek.ikut mood dia nak layan ke tak). pastu nurse ada tanya baby terkejut tak kalau tiba2 ada bunyi kuat. yang tu mmg ada. sbb aku perasan kalau bising sgt baby aku mmg susah nak tidur. pastu lagi nurse tanya, baby aku nampak tak apa2 yang kita buat. contoh kita letak jari kat depan mata dia and gerakkan. ada tak anak mata dia ikut pergerakan jari tuh. yg tu pun ada. cuma baby aku ni selalu sgt pandang atas kanan. apa yg ditengoknya tak tau la aku.well so far nurse kata berat and panjang baby aku menunjukkan result yang positif walaupun tak sama la dgn baby yg lahir secara matang. . tapi baby aku agak cepat la gak naik semua tuh. and dorang pun faham kalau lambat sikit pun coz da baby premature. semua yang ada kat baby aku time keluar dari perut ni semua tak matang lagi kan. tapi aku tak kesah la asalkan perkembangan yang ditunjukkan sentiasa positif. Alhamdulillah.... :) lepas da abis kena interview ngan nurse tibalah masa untuk my baby kena inject. inject kat peha belah kiri. papa dia yg tolong pegangkan. aku tak sanggup. sian nak pegang dia kuat2. mmg time jarum tu dicucuk jek anak aku nangis kuat gila. naik biru muka. Ya Allah kesiannya anak aku. tapi nak buat camne kan. mmg kena inject jugak kan. tapi nasib baik kejap jek jek dia nangis. pas da pujuk2, bwk dukung terus senyap and sambung tidur. alololo... sian anak mommy :(

then nak cerita pasal malam tadi. cam biasa baby aku akan akan bgn setiap sejam setengah ke 2jam utk minum susu. so dalam pukul 1.30am dia da bangun. pas minum susu and 'burp' mata dia still segar bugar and bulat. aik pelik aku. slalu pas minum susu jek dia tido balik. mula2 aku ingat dia tak selesa coz sejuk and pampers da basah. pastu tukar la pampers, tutup aircond and on kipas lak.then aku tepuk2 kasik tido. still tak tido gak. mata bulat gaya mcm bangun siang lak. adoiii hai nyer pun. bila diajak berborak nak pulak. sah ni mmg dia da puas tido siang ni. masalahnye dia takmo baring kat tilam jek. nak aku pegang. pulak dah. last2 aku dok layan la dia. pastu saje jek masukkan dalam buai. enjut2.. pun still tak de mcm nak tdo. benti enjut mata pun terbukak balik. turun buai balik. baring sebelah dia. tapi mulut dia tak diam. da start nasyid coz aku tak layan dia. last2 aku pon duk layan dia borak. sampai kul 3.30am cmtu da start nak susu balik. pas bagi susu. letak la atas peha. tepuk2. time tu mata da nak terpejam da. menguap toksah kira da brape kali menguap tapi still tak tido gak. last2 aku masukkan balik dlm buai. tu pun dalam pukul 5.00am lebih baru dia lelap and tido dgn nyenyaknya. adeh. kalau hari2 cmtu cmne? pengsan! hahaa. da pulak aku sorang2 melayan dia mlm tadi. makin lama makin bijak la anak mommy ni. :)

Thursday, March 28, 2013

:: 85 days :)



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hurm it's been 3months ago since the last time I updated my blog. well...seriously i'm too busy with my personal life.wah gitew. busy ngalahkan menteri. banyak sangat benda lain yang much more important nak buat sampai tak tersempat nak update kat sini. kat tumblr sempat lak. pang! *lempang diri sendiri*

OK. mungkin ada yang tau and ada yang baru tahu. Saya telah pun selamat melahirkan seorang baby girl yang comel, cute, cantik (macam mommy dia) pada 3January2013 (3.1.13) pada jam 8.16am di Hospital Kajang. Harini my baby dah berusia 85 hari dah pun. Oh, yer bersalin secara caesarean due to my high blood pressure (during pregnancy yang tiba2 ada). Alhamdulillah semuanya selamat walaupun baby yang dilahirkan adalah pramatang. dalam erti kata lain baby prem. 12 hari duduk dekat wad betul2 mencabar tahap emosi aku. :'( (takmo duk wad dah). dari 2/1/2013 dah kena warded and 3/1/2013 kena paksa bersalin and tiba2 doc kata ada something wrong dengan kandungan dalam darah aku and bp lambat turun thats why la aku bertapa lama kat wad. oh ye, nama mmg kitorg sempat pilih yang untuk girl jek since gender tak dapat dikenalpasti semasa dlm kandungan. Nama yang dah dipilih sejak baby ada dalam kandungan lagi is Khayrah Batrisyia Bt Mohd Syapri. maksudnya, yang mulia dan banyak kebaikannya serta cerdik dan pintar. well, my dad gave my baby other name which is Iqlima Syahnaz yang bermaksud kecantikan yang penuh dengan kebaikan. i like both. and aku panggil dua2 nama sekali :)

OK2. takmo cerita panjang sgt dlm entry ni. aku da siap type panjang2 dalam aipon untuk entry yg patutnya di up kan later. tapi tiba2 lak aipon aku wat hal. dang! oh noooo! kejap ok kejap ko. but no worries guys, will update soon, dari date aku tiba2 kena detect ada high bp and time lahirkan baby, baby masuk incubator, baby kuar incubator. semuaaaaanya will be updated soon + together with the photo. so stay tune guys! :)


Sunday, August 19, 2012

:: Sepanjang Ramadhan 1433H / 2012 :)

Salam Aidilfitri 1433H semua:) ALHAMDULILLAH...setelah sebulan berpuasa at last dapat merasai nikmat berhari raya esok. InsyaAllah... dan Alhamdulillah aku dapat berpuasa penuh tahun ni :) heheee. baby... are u ok inside? next week kite g checkup yer. semoga baby sihat k :) ok2.. actually ni nak cerita apa yang berlaku sepanjang Ramadhan 1433H / 2012. tahun pertama aku berpuasa bersama incikHubby sebagai hubby and wifey ;) Sahur pertama dan Ramadhan pertama aku kat rumah parent aku kat Semenyih. then hari2 berikutnya kat rumah sendiri jek or kat luar. nak tau tak apa yang aku masak sepanjang bulan Ramadhan ni? antaranya.....

kueytiow basah. 1st attempt. rupe tak ok. tapi rasa  nasib baik ok. hahaa.
triffle
triffle. yg penuh dgn buah! yummy!
kuih buah melaka purely from air daun pandan no additional pewarna. hehe
ayam nasi ayam
salad nasi ayam
kuah cili and kuah kicap nasi ayam
ada lagi lauk2 yang aku masak mengikut request incikHubby setiap hari. tapi xdela nak amik gambar semua setiap hari coz pas masak tepat2 da azan then berbuka. so mmg tak sempat nak amik gamba coz kitorang da bedal dulu sume. keh3. lauk2 lain antaranya nasi lemak, meehoon goreng, asam pedas, ayam masak lemak cili padi, lala masak tumis, kari ayam, sambal ikan, sambal udang, sambal sotong, sardin pun ada, rendang ayam (time family aku dtg berbuka kat umah aku), and macam2 lagi. tak mampu nak senarai semua. tapi3. takde la setiap hari aku mempunyai kekuatan nak masak. ofcos la ada berbuka kat luar, or beli lauk kat bazar jek xpun berbuka kat umah parent aku, rumah adik beradik aku, rumah makcik aku or rumah parent in law. heheee... ;p

ok. itu cerita pasal berbuka. pasal soping2 pulak ye... takdela pergi mana pun untuk beli barang2 raya. 3x jek kot aku kua beli barang raya. 1st skali on 5/8/2012 pergi dengan my mom Puan Sabariah and all Ida's (my siblings) + cik zureehan kite (my niece) pergi KWC. (Kenanga Wholesale Centre). selama ni dgr jek org cerita. kali ni pergi sendiri. ok. sgt penat jalan. satu bangunan kitorang pusing. setiap level. kat sini sempat aku beli baju raya sepasang kaler merah. utk raya ke2 la kunun padahal utk raya pertama tak beli lagi time ni coz aku and incikHubby decided nak kaler purple. barang2 lain kakak2 aku yg soping. aku tengok and bagi idea jek. 

kakak aku try baju walaupun sebenarnya tak boleh try. selamba dia jek. hahaa
next soping on 12/8/2012. time ni ingat nak beli sume keperluan termasuk la baju raya, kuih raya, kerepek raya, bekas kuih raya dan semua yg sepatutnya. tapi time ni sempat beli baju raya aku n incikHubby jek. mula2 g Jakel beli baju melayu incikHubby kaler dark purple. time ni aku sedih coz baju aku tak jumpe lagi. bayangkan ada yg berkenan sekali takde size. hampanya! huhuu. jalan2 lagi. atlast jumpa 1 kedai yg ada baju yg aku mmg berkenan n ofcos ada size, tapi kaler mmg ada kontra la dgn baju incikHubby coz baju aku kaler soft purple. tapi ok. la takpe. kami tak kesah. hehe. utk baju biasa lak kami g sogo. tapi takde yg berkenan. bekas kuih raya pun mahal2. last2 berbuka jek kat sogo. and ofcos kat Nandos. then g Pavi pulak. jalan2 g bukit bintang singgah Parkson and incikHubby dpt rembat 1 tshirt kaler merah. so baju  hari raya ke2 kami da ada. hehe. incikHubby suruh aku beli handbag. cari2 masuk kedai tu kedai ni tapi takde yg berkenan. adala 1 tu kat Charles&Keith tapi besar la pulak. tak sesuai tuk badan aku yg comel ni. hahahaaa. last2 tak beli coz aku da giveup and da penat. next soping lak tadi. sehari b4 raya, 18/08/2012 and again kat Jalan TAR. time ni misi nak beli seluar jeans and baju aku serta kuih dan kerepek2 raya. and Alhamduillah semua dapat beli except bekas kuih raya. xpela. tu tunggu bila2 la time kalau ada orang nak dtg rumah. hahahhaaa.

tahun ni raya pertama kat rumah aku. tapi b4 balik rumah parent aku, tadi singgah rumah parent in law dulu. bagi lemang and bersalam2an dgn my mom in law. abah mertua takde pulok. g masjid. tahun ni aku bagi telekung and kain pelekat jek kat dorang same goes to my parent. takpela. tu jek yg mampu utk tahun ni. kalau nx year ada rezeki lebih boleh la bagi lebih lagi. hehe. sampai2 kat umah parent aku terus aku buat kek batik utk dimakan di pagi raya. cewwwah! tu jek pun paling senang nak buat. tu yg aku buat tu. haha. and actually now da pukul 335am. incikHubby kerja malam ni. abis kul 5am japgi. sedihnya. tapi xpe. beliau cari rezeki utk kami sekeluarga :) so this year mmg aku tak balik kampung Perak coz incikHubby tak cuti. cuti raya pertama and ke2 jek. tu pun kena standby jek kat sini. so mmg tak boleh keluar dr KL. so idasyahirah duduk diam2 yerk kat cni. senyummmmmmm jgn sedih2. :D ni antara apa yg berlaku sepanjang Ramadhan 1433H. so semoga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun2 seterusnya. dan that time maybe bersama baby kami. InsyaAllah. Amin... :)

Akhir kata. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin :)
 

Saturday, May 12, 2012

:: Dadih. yummy!

acara dadih mendadih sempena wedding kakak aku last Saturday (05052012). so aku ditugaskan utk buat dadih utk tetamu2 yg hadir. aku buat dlm 200 bekas. last week mmg tak sihat. demam sepanjang minggu. so start khamis mlm aku buat and sambung on Jumaat mlm. incik hubby tolong tuangkan dlm bekas. hehe. so inilah hasilnye:

dah mcm penjual dadih kan!

mix fruit flavor!

strawberry flavor!

mango flavor!

corn flavor!

incik hubby tuang siap jadi dadih tarik. buih bagai!

feedback dr para tetamu kata dadih aku sedap! cehhh. kembang jap. so siap dpt tempahan. haaa...cmni bley la benti keje. buat bisnes la plak! hahaaa.

btw...thanks sO much to my dear hubby coz tolong teman sy siapkan dadih ni:)

Monday, November 7, 2011

:: Aidiladha 2011 :)

Salam 11 Zulhijjah semua :)

Macam mana dengan raya haji anda2 semua.. macam aku as usual la. raya haji mst ada kat KL ni jek. biasala kalau dah berfamily besar ni. raya haji anak2 and menantu2 abah mak akan balik villa. rumah kami la tuh.hehee. so pagi sampai tengahari akan lepak2 kat villa jek. tengok tv. berborak. amik2 gamba (part paling best!). then tengahari baru akan pergi rumah makcik aku kat Segambut. so macam family kami, (family belah abah) cousin2 yg duduk jauh macam from Kedah and Kelantan, dorang yang akan turun KL. syok kan..heheee. ok la. jom layan photo:

1 BIG HAPPY FAMILY AT VILLA!

IDA SYAs in the villa!

nephews and niece!

anakberanak (abaikan baju aku yg lari tema. tu baju beberapa tahun lepas. sama size kan even baju tu da bertahun lepas. still bley pakai!)

abah &&& mak

cucu2 dan 2 cucu tambahan disitu. hehe
konpius aku napa muka putih dan baju nampak berkilat sgt!


Wednesday, October 26, 2011

:: Congrats Farhan Haziq!

Happy Deepavali semua!

so di hari cuti ni ada la kelapangan sikit utk buat entry. just nak story pasal my cousin's convo last Saturday.
Congrats Farhan aka Boy. Dah habis dah degree baliau in Law di UiTM, Shah Alam. so jom tgk photo!

him after went out from the hall




my Chu his mama

my niece

family kami yg ada during that time

with Angah.. his sis. years since the last time we met. she works in Brunei

jiha comel & sgt petah!

with shalalalaaaa






Sunday, May 8, 2011

:: Nice! Happy Wedding cousin! ;)

baru lepas mengusya photo outdoor my cousin Sophia Rusli and pasangan Faizal Sufri::

tgk la cni ::

http://budakpensel.blogspot.com/2011/05/photo-wedding-faizal-sophia.html

nice kan??? ;)


Wednesday, March 2, 2011

:: my niece's story ;)

saya ada seorang anak saudara perempuan...atau lebih dikenali anak buah..atau anak menakan (bahasa Kedah)...beliau merupakan anak kakak aku.Nama beliau Nur Zureehan Izwani Bt Zulhilmi aka yan akak akak...berumur 8tahun.hehee..lebey2 lak cite kan... ;)

alaaa...just nak share her talent to write storybook.tak siap lagi story dia nih..takpe jom layan ;)


Tuesday, October 12, 2010

::Filem Magika ;)

:: Magika ::

Have u watch Magika?
film directed by the KRU's sibling (Norman, Yusry & Edry)
I watched it already...
2 times ok...!!!
2 times.....!!!
hahhaaa...
1st tyme wif incik bf...
and...
2nd tyme wif my family....
for me...
it was AWESOME!
siyesly.....
story plot ok....
actors & the actress pon MANTOPPPP!!!
& the BEST part....
is the songS...
all the songs....
mmg BEST...
& LAYAN....
mungkin sbb aku sukekan musical film....
muvi ni mmg sGt BEST!
;)

u guys....
g la tgk....
BEST!
hahahhahaa...
promote k...
;)

Friday, September 17, 2010

::wahhhh..cik kezen.. ;DD

::eehhh...bile mase lak kezen aku ade skola menjahit????;DD::
haaa...nampak tak kat atas tuh???Sekolah Jahitan Sophia....ehhhh...bile plak kezen aku ade skola menjahit nih??kat Kajang lak tuh...hahahaaa...adesss...nape aku xtaw...fmly sume pon xtaw....;p

hahahahaa...ok2....skola ni xde kene mengena pon ngan kezen aku...just bcoz of the name tu Sophia tuh same ngan name kezen aku... SOPHIA....heheheee...

kali ni nak cite pasal die lak la...klau die taw aku cite pasal die dlm blog ni misti die bangga.hehheee..

Ok...name die Nur Sophia Rusli...berumur 23 tahun..die mude setahun jek dari aku...asal die Perak..die anak pakcu aku.errrmmm...pe lagi??die skola kat Perak gak..tak ingat plak aku nama skola die (skola perempuan la tapi)..then after f5 die masuk matriks Penang.amik cos Fizikal...then after matrik die masuk USM, Penang amik cos Statistics.cos lbey kurang cam aku.tapi die pure statistics.then after convo aritu die keje jap kat Digi then now die continue Master in Medical Statistics kat USM Kubang Kerian, Kelantan.pe lagi ea...haaa...die bertunang suda(dorang 1 USM dulu).tu jek laaa pasal kezen aku nih... ;p

::ni saye dan cik kezen ;)::

Sunday, August 22, 2010

::Tren & si kenit2 ;))

las saturday..aku balik dari shah alam nek tren..hehee..sajek jek kan..ade kete takmau bawak..bukan nye ape...aku n kakak aku nak bawak anak2 abg aku merase nek tren..slalu dorg tuh tgk jek tren lalu..so kitorg pon sepakat la nak bawak kenit2 tuh nek tren..abg & kakak ipar aku xkesah..janji anak2 dorang selamat sampai ke destinasi..;)

susah gak nak angkut 3 org kenit nih..mcm2 hal...tapi yg bestnye bile bwk budak2 kite bley dapat seat..i likeee...mule2 dari shah alam nak tuka tren kat kl central...skali kl central ramai giler org tgh tunggu tren ke seremban.so kitorg teruskan perjalanan ke stesen kl & tuka tren kat situ.kurang sket org ;) tgk la photo2 kat bawah ni..atr gaya2 si kenit2 tuh ;) :

ni gaya dalam tren ;)
ni gaya luar tren;)) 
ade mcm2 gaya lagi..tapi xbley la nak upload sume kat cni..hehee...;))Alhamdulillah..selamat jugak kitorang sampy ke destinasi ;) 

p/s::2 hari berturut2 kakak2 aku belikan beger msia tuk aku tuk berbuke..suke! ;DD