ADS

ADS

Saturday, February 1, 2014

:: 2nd honeymoon @ Melaka-day 3

Kan malam tadi konon2 nak keluar balik and jalan2 kat jonker walk. Tapiiiiiiiiii. Nan ado!!!! Masing2 tertido. Penat yg teramat sgt pas balik dari pool tu. Memang tak sedar sampai ke subuh. Adoiiiiii. Sabar jela. Takpela. Nasib baik time day 1 malam tu kitorg dah jalan2 kat sana. Konon aku nak beli souvenir apa yg patut la. Tapi.... Aishhhh!

Takpela. Plan day 3 tetap akan diteruskan. After subuh mata dah segar bugar. Mandi and siap2 kemas beg utk checkout. Dalam pukul 9am dah turun checkout.sebab plan lepas ni mmg dah takkan balik bilik dah.bfast dulu area apartment.lepas breakfast terus ke Masjid Selat. Masjid ni atas air yer. Before this pernah datang jugak tapi tak siap lagi. Kali ni datang dah siap cuma ada part2 still under construction. after dah amik2 gambar and menikmati keindahan masjid kitorg teruskan perjalanan ke muzium dan perigi hang tuah.

Dari Masjid Selat ke perigi hang tuah amik masa lebih kurang 15min. Kitorg mmg bergantung betul2 kat gps. So bila jalan dia macam masuk kampung bagai macam redha jek la. Tapi nasib baik betul. Hihi. Mula2 kitorg masuk dulu Muzium Hang Tuah. Nak masuk RM5/person. Lama jugak kitorg kat dalam muzium tu. Sebab macam2 ada. Ada video pasal hang tuah. And setiap sudut rumah ada macam2 info. Siap boleh belajar silat lagi kat dalam tuh. Kiranya almost 2 hours jugak kitorg dalam tu. Kat situ sebenarnya ada replika rumah 5 bersaudara ni. Tuah,jebat,lekir,lekiu,kasturi. Kitorg masuk tuah jek. Yg lain tak masuk sbb rasanya lebih kurang sama jek. Lagipun nak berkejar ke zoo and taman buaya. Oh. Ye sebelum tu singgah dulu perigi hang tuah. Dekat2 situ jek. Fyi,air perigi ni tak pernah kering. Airnya mmg sgt2 jernih. Ikut sejarah perigi ni dikorek sendiri oleh hang tuah.

After that,kitorg teruskan perjalanan ke ayer keroh. Plan nak g zoo melaka,taman buaya and taman mini malaysia. Mula2 masuk dulu taman buaya. Kat sini weekend and public holiday masuk RM15/person. Tapi kalau weekdays RM10/person jek. Nasib baik kitorg datang hari isnin. So dapatlah harga RM10. Ok. Nak cerita kat dalam ni mmg banyak buaya. Besar2. Yela nama lagi taman buaya kan. Tapi yang tak bestnya kawasan agak tak terjaga. Ok. Mungkin kat dalam ada construction so nampak tak best. Actually dalam ni bukan jek ada buaya,tapi ada reptiles lain macam ular. Pastu ada kura2,burung2,ikan koi. dalam ni ada taman tema air,haunted house and train. Kalau semua tu ok kawasan ni mmg sgt2 menarik. Tapi sbb macam tak diservis so taman buaya ni nampak layu jek. Tapi ok la jugak. Takdela teruk sgt.

Keluar taman buaya staff kat situ tarik kitorg utk beli gamba kitorg yg dah diedit. Actually mana2 tempat kita masuk dorang akan amik gambar kita dulu. So bergantung la kat kita nak beli or tak. Memula si staff ni offer gambar besar rm25. Tapi kitorg taknak. Pastu dia offer rm20. Kitorg taknak gak. Then baru dia kuakan gamba kecik. Rm15. then incikhubby cakap kalau rm10 confirm kitorg amik. Nak taknak dia kasi la gak gambar tu rm10. Hehe. Ok la. Sbb kitorg mmg tak byk gambar berdua.

Lepas kluar taman buaya kitorg beli fridge magnet utk souvenir utk bawak balik. Pas da beli tu terus ke zoo melaka. Dekat jek. Memula nak masuk tapi bile fikir2 balik takyah la masuk. sbb takut conditionnya sama cam taman buaya. Then gerak g mini malaysia. Kat cni pun memula nak masuk tapi aku dah penah masuk dulu. Incikhubby pulak malas nak masuk. Last2 masing takjadi masuk. Terus gerak ke taman botanical. Kat cni takde apa pun. kalau rajin nak berjalan dan menikmati keindahan alam sekitar boleh lah. Aku ingat ada air terjun tapi takde. Sbb ingat nak lunch smbil duk tepi air terjun.

Last2 kami decided nak gerak balik kl. So lunch kat r&r jek. Time ni sedih lak. Sebab vacay dah ended. Then fikir rabu nak start keje balik. Adoiii.malas betul.tssssk. kitorg singgah kat r&r utk lunch. Ok la makan. Nasi tak cukup even da mintak tambah. Ishhh. Stress aku kalau makan tak menepati kehendak.aisshhh. then  cakap kat incikhubby nanti nak singgah restoran jejantas. Kat restoran jejantas amik kau. Beli corn in cup ngan dunkin donut. Makan dalam kete. Sebenarnya plan malam yg kitorg ttdo nak celebrate anniversary. Ala.plan nak beli cake 1 slice and makan tepi sungai. Tapiiiiii plan tak menjadi. Cis betul! Xpela. Last2 beli donut jek celebrate dalam kete. Pun romantik jugak uols!kih3.

Sampai kl around 3pm lebih. Penat tapi seronok. InsyaAllah kalau ada rezki nak bervacay lagi. InsyaAllah.... semoga Allah murahkan rezeki kami. Amin... :)

Ooops b4 terlupa, ni link yg aku janji nak kasi dlm post dayc1::  https://m.facebook.com/profile.php?id=409828745774735 . Mmg  recommended utk stay kat apartment yg kami duduk ni:)


No comments: