Bangun subuh pastu aku tak sambung tido. Incikhubby smbung tido. Almaklum letih 2 days previously keje malam. takpela biarkan dia. Bagi dia rest dulu. Buka pintu sliding door angin kuat masuk. Aircond mmg tak on la. Sejukkkkk. Bayangkan level 11 punya angin cmne. Kuat giler! Aku prepare bfast. Buat sandwich tuna jek pun. Kih3. Bfast dulu sambil tgk tv.
Then around 8.30am aku siap2 nak ke swimming pool. Yeah! Kejut incikhubby. Tu pun mcm nak taknak jek bgn. Adoi. Sabar jela. Hakak dah tergedik2 da ni nak swimming. Lalalla. 9am turun. Tak ramai org lg. Mmg tak ramai sgt pun sbb bukan school holidays. Cer kalau school holidays tengok. Kerusi2 rehat kat tepi pool tu pun jgn harap dapat. Hihi.
Yg bestnya kat Mayangsari ni selain ada swimming pool for kids and adult dia ada jugak jacuzzi. Best sgt2! Hakak yg 1st time ni nak berjacuzzi mcm jakun sket. Oo. Ye kalau nak mandi pool ni kena pakai proper attire. Tshirt is not allowed. Yg laki kena buka baju. Pakai short. Yg wanita kena pakai swimming suit. Yg takde jgn risau swimming suit disediakan.muslimah punya pun ada. Pergi jek amik kat management office dekat ngan pool ni. So no worries ok:) kalau dah swimming pool of cos la hakak tak abis2 nak belajar berenang. Nasib laaa dapat incikhubby yg pandai berenang boleh la dia ajar sket2. Tapi aku ni tak pandai2 gak. Tenggelam timbul jek. Hahaha.
Lepas sejam dalam pool and jacuzzi kitorg decided nak buat aktiviti lain pulak. Kat cni ada macam2. Playroom for kids, sauna, squash court, ping pong, mini golf, karaoke. Haaa. Korg boleh pilih apa nak buat and main. So kitorg main pingpong and yg paling lama main golf. Teruja oi... hakak 1st time pegang kayu golf. Wakakakaka. Dah puas beriadah kitorg naik apartment. Siap2 nak ke next destination.
After zuhur, kitorg gerak ke pantai klebang. Motiffff? Utk cari barang sesuap dua nasi for lunch. Kalau tak tau jalan cam kitorg ni korang guna jek GPS. Confirm sampai. tak sesat pun. Hihi. Ok. Kat sini lunch kitorg dikenakan harga sebanyak rm15. Nasi and air lebih kurang macam smlm. Ok la. Murah sket. Siap ada nasi tambah.
Pas dah kenyang isi perut terus ke muzium kapal selam. Betul2 sebelah pantai klebang ni. Harga masuk RM1/person. Murah kan. Sangat! Kat dalam ni mmg sempit and korg bley tgk cmne tentera laut duk dlm kapal selam. Mana tempat dorg tido,masak,kawal kapal dan lain2. Not bad. Dgn harga masuk RM1 mmg sgt2 la berbaloi. Pas da puas amik gambar dlm kapal selam amik gambar luar kapal selam pulak. Time ni mmg sgt2 panas. Terik sgt. Lagipun area pantai klebang still under construction. So ko bley tgk pantai dari jauh jek. Sedih!
Ok. Kalau dah sampai pantai klebang adalah sgt loser kalau tak p pekena coconut shake original klebang. kalau tak tau korg bley Google katne. Macam aku buat. Hihi. Ok. Meh cni aku gtau. Kedai coconut shake ni betul2 sebelah caltex klebang. Kalau dari bandaraya melaka dia sebelah kanan. Ko search caltex klebang then confirm akan nampak kedai coconut shake sebelah dia. Kat sini mak aiiii ramai gile org beratur. Ni bebetul sedap nih. Kalau nak take away bley beratur tepi jalan tu jek. Kalau nak minum situ bley terus ke dalam sket masuk kedai dia. Dalam 15min gak la beratur. Finally dapat jugak. 1 harga dia RM2.50. Berbaloi2. Dia guna ice cream wall's. Ooo. Ye. Kat sebelah kedai coconut shake ni incikhubby beli kopok lekor king. Utk kudap2an. Dah setel beli semua we back to bandaraya Melaka.
Dah sampai bandar terus cari port nak menikmati makanan dan minuman sedap yg dah dibeli tadi. Cari dekat tepi2 sungai jek. Kat situ ada banyak kerusi and view pun cantik. Dalam nak cari2 tempat tu boleh lak terserempak ngan schoolmate. Maksud aku kawan incikhubby. Kawan dia kawan aku jugak. Eh! Hehe. Da dapat tempat terus la mengadap makanan and minuman sedap tadi. Perghhhh! Mmg 'thor'baik laaaaa coconut shake. Sedap bangat! Makan lak dgn kopok lekor king tu. Nyum3!
Pas perut kenyang dan hati pun senang kitorg teruskan lagi jalan2 area bandar Melaka. Dalam jalan2 tu terjumpa pulak cousin incikhubby. Dah jumpa kita amik gamba dulu! Hahaa. Ronda2 area bandar jalan kaki jek sebab tak besar pun bandarnya. Kalau tak larat jalan korang boleh naik beca. Tak silap naik beca RM10/person. Kitorg tak naik pun. Prefer utk jalan kaki jek. Yg bestnya beca2 semua cantik2 dan dorg siap pasang lagu and speaker kemain besar.seronok! After da penat berjalan nak dekat kul 6pm kitorg decided balik bilik and sambung jalan2 lagi malam nanti.
Dah sampai bilik incikhubby ajak g pool. Turun tu incikhubby sorg jek mandi. Aku decided nak rehat tepi pool jek. Sampai tertido2. Ngantuk oiii!hahaha. Dah puas dia mandi pool kitorg main golf lagi. Gaya macam org2 kaya kan. Wakkakakaa. To be continued for day 3 @ Melaka :)
No comments:
Post a Comment