ADS

ADS

Showing posts with label ::honeymoon. Show all posts
Showing posts with label ::honeymoon. Show all posts

Saturday, February 1, 2014

:: 2nd honeymoon @ Melaka-day 3

Kan malam tadi konon2 nak keluar balik and jalan2 kat jonker walk. Tapiiiiiiiiii. Nan ado!!!! Masing2 tertido. Penat yg teramat sgt pas balik dari pool tu. Memang tak sedar sampai ke subuh. Adoiiiiii. Sabar jela. Takpela. Nasib baik time day 1 malam tu kitorg dah jalan2 kat sana. Konon aku nak beli souvenir apa yg patut la. Tapi.... Aishhhh!

Takpela. Plan day 3 tetap akan diteruskan. After subuh mata dah segar bugar. Mandi and siap2 kemas beg utk checkout. Dalam pukul 9am dah turun checkout.sebab plan lepas ni mmg dah takkan balik bilik dah.bfast dulu area apartment.lepas breakfast terus ke Masjid Selat. Masjid ni atas air yer. Before this pernah datang jugak tapi tak siap lagi. Kali ni datang dah siap cuma ada part2 still under construction. after dah amik2 gambar and menikmati keindahan masjid kitorg teruskan perjalanan ke muzium dan perigi hang tuah.

Dari Masjid Selat ke perigi hang tuah amik masa lebih kurang 15min. Kitorg mmg bergantung betul2 kat gps. So bila jalan dia macam masuk kampung bagai macam redha jek la. Tapi nasib baik betul. Hihi. Mula2 kitorg masuk dulu Muzium Hang Tuah. Nak masuk RM5/person. Lama jugak kitorg kat dalam muzium tu. Sebab macam2 ada. Ada video pasal hang tuah. And setiap sudut rumah ada macam2 info. Siap boleh belajar silat lagi kat dalam tuh. Kiranya almost 2 hours jugak kitorg dalam tu. Kat situ sebenarnya ada replika rumah 5 bersaudara ni. Tuah,jebat,lekir,lekiu,kasturi. Kitorg masuk tuah jek. Yg lain tak masuk sbb rasanya lebih kurang sama jek. Lagipun nak berkejar ke zoo and taman buaya. Oh. Ye sebelum tu singgah dulu perigi hang tuah. Dekat2 situ jek. Fyi,air perigi ni tak pernah kering. Airnya mmg sgt2 jernih. Ikut sejarah perigi ni dikorek sendiri oleh hang tuah.

After that,kitorg teruskan perjalanan ke ayer keroh. Plan nak g zoo melaka,taman buaya and taman mini malaysia. Mula2 masuk dulu taman buaya. Kat sini weekend and public holiday masuk RM15/person. Tapi kalau weekdays RM10/person jek. Nasib baik kitorg datang hari isnin. So dapatlah harga RM10. Ok. Nak cerita kat dalam ni mmg banyak buaya. Besar2. Yela nama lagi taman buaya kan. Tapi yang tak bestnya kawasan agak tak terjaga. Ok. Mungkin kat dalam ada construction so nampak tak best. Actually dalam ni bukan jek ada buaya,tapi ada reptiles lain macam ular. Pastu ada kura2,burung2,ikan koi. dalam ni ada taman tema air,haunted house and train. Kalau semua tu ok kawasan ni mmg sgt2 menarik. Tapi sbb macam tak diservis so taman buaya ni nampak layu jek. Tapi ok la jugak. Takdela teruk sgt.

Keluar taman buaya staff kat situ tarik kitorg utk beli gamba kitorg yg dah diedit. Actually mana2 tempat kita masuk dorang akan amik gambar kita dulu. So bergantung la kat kita nak beli or tak. Memula si staff ni offer gambar besar rm25. Tapi kitorg taknak. Pastu dia offer rm20. Kitorg taknak gak. Then baru dia kuakan gamba kecik. Rm15. then incikhubby cakap kalau rm10 confirm kitorg amik. Nak taknak dia kasi la gak gambar tu rm10. Hehe. Ok la. Sbb kitorg mmg tak byk gambar berdua.

Lepas kluar taman buaya kitorg beli fridge magnet utk souvenir utk bawak balik. Pas da beli tu terus ke zoo melaka. Dekat jek. Memula nak masuk tapi bile fikir2 balik takyah la masuk. sbb takut conditionnya sama cam taman buaya. Then gerak g mini malaysia. Kat cni pun memula nak masuk tapi aku dah penah masuk dulu. Incikhubby pulak malas nak masuk. Last2 masing takjadi masuk. Terus gerak ke taman botanical. Kat cni takde apa pun. kalau rajin nak berjalan dan menikmati keindahan alam sekitar boleh lah. Aku ingat ada air terjun tapi takde. Sbb ingat nak lunch smbil duk tepi air terjun.

Last2 kami decided nak gerak balik kl. So lunch kat r&r jek. Time ni sedih lak. Sebab vacay dah ended. Then fikir rabu nak start keje balik. Adoiii.malas betul.tssssk. kitorg singgah kat r&r utk lunch. Ok la makan. Nasi tak cukup even da mintak tambah. Ishhh. Stress aku kalau makan tak menepati kehendak.aisshhh. then  cakap kat incikhubby nanti nak singgah restoran jejantas. Kat restoran jejantas amik kau. Beli corn in cup ngan dunkin donut. Makan dalam kete. Sebenarnya plan malam yg kitorg ttdo nak celebrate anniversary. Ala.plan nak beli cake 1 slice and makan tepi sungai. Tapiiiiii plan tak menjadi. Cis betul! Xpela. Last2 beli donut jek celebrate dalam kete. Pun romantik jugak uols!kih3.

Sampai kl around 3pm lebih. Penat tapi seronok. InsyaAllah kalau ada rezki nak bervacay lagi. InsyaAllah.... semoga Allah murahkan rezeki kami. Amin... :)

Ooops b4 terlupa, ni link yg aku janji nak kasi dlm post dayc1::  https://m.facebook.com/profile.php?id=409828745774735 . Mmg  recommended utk stay kat apartment yg kami duduk ni:)


Friday, January 31, 2014

:: 2nd honeymoon @ Melaka-day 1

Tajuk kemainn kan. Honeymoon bagai. Kih3. Actually takde la honeymoon apa pun. Saje jek jalan ber2. Sebabnya da lama tak bervacay ber2. Last masa pas kawen. 1st honeymon kat Penang. Sekarang dah 2 tahun kawen baru la haaa nak berjalan ber2 lagi. Sebabnya incikhubby bukan seorang yg senang yg nak dapatkan cuti. So bila dah dapat cmni kita gunakan sepenuhnya la yer. Yeahhh! Pastu mmg ktorg pilih date yg bukan cuti sekolah. Sebabnya taknak bersesak2 bagai.

Ok enough intro yg panjang lagi lebar.so start dgn day 1 @ Melaka. Gerak dari rumah around 11am++. Sempat singgah dulu kedai baju. Motiff?sebab kami nak beli seluar mandi. Incikhubby beli short aku beli tight.bukan takde. Ada. Saje nak spare lebih. Tengok. Betapa semangatnya kami nak swimming2 tau. Kih3. Pas dah membeli dan belah terus meneruskan perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Dalam kereta as usual org yg tak drive akan over mengantuk. So baru beberapa minit perjalanan aku dah tido dgn jayanya. Wakakaka. Maaf suamiku. Aku insan yg lemah. Hanya mampu berserah. Nyanyi sket! Hahaa.

Almost 2pm dah sampai Melaka. Alhamdulillah. Actually dah sampai Melaka terus org yg responsible terhadap apartment yg kami booking tu called. Aik. Macam tau2 plak kitorg dah sampai kan. Hahaa. Ooo ye .sebelum terlupa. Apartment yg kami stay ni sponsored by my sis. tq soooo much kakmi! Present anniversary kami katanya. Actually kakmi adalah joint owner utk apartments mayangsari. Yg ada kat malaysia and ada jugak kat overseas. Nanti aku akan bagi link fb dia di akhir post ni yet. Recommended! Sgt2 best and reasonable price ok!

Berbalik semula pada cerita,after dah checked in rest jap kat bilik. Apartment memang sgt selesa. Cantik. Bersih. Kemas. Aku pulak jenis yg sangat3 cerewet bab2 mcm ni pun sgt berpuashati ngan apartment yg kami stay ni. location apartment ni mmg sgt strategic. Tgh2 bandar Melaka. Dekat ngan Mahkota parade.sebelah mahkota medical centre. Lupa nak gtau. Nama apartment yg kami stay ni is Mayangsari Suite  Mahkota Melaka.

Kami mulakan dgn lunch kat area apartment kitorg. Sedap  tapiiiiiiii harganya agak mahal. bukan agak. Tapi memang mahal! 2 org makan rm19.80. Amik kuah asam pedas and incikhubby seketul ikan pari aku lak seketul ayam goreng dan sedikit ulam beserta sayur. Air suam dan 1 teh o ais. Mungkin nampak kami mcm org luar so harga mahal sedikit dikenakan. Entahlah. Takpela. Halal jek.

After lunch terus melawat Kota A Famosa.masuk A famosa ni free yer. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Actually sebelum ni dah byk kali dah pusing Melaka. Tapi dgn family. Kali ni dgn incikhubby so feel dia lain sket.kikiki. dekat A famosa as usual bangunan bersejarah. Dah byk kali pergi pun aku still akan rasa teruja. Amik gambar tu takyah cakap la. Macam tourist betul2 ha. Belum lagi satu2 monumen aku baca fakta dia.

After A famosa terus ke Muzium Samudera. Yg ni masuk RM3/person for adult with MyKad. Dalam ni memang sgt2 banyak sejarah Melaka. DarI zaman Parameswara, Hang Tuah dan lain2. Nak tau kena masuk. Yg tak berapa pandai sejarah macam hakak nI terus celik sejarah. Baaaanyak sangat info.

After dah puas ronda muzium samudera terus ke Menara Taming Sari. Yg ni iols 1st time naik. Selama ni usha dari jauh jek. Kali ni kita naik tengok! Best ke idok? Mmg best! Harga naik RM10/person for adult with MyKad. Masa yg diambil 7minit. Ala2 macam naik solero kat genting. Hahaa. Ok. Tipu. takdela. Dia naik slow jek. And at the same time dia akan berpusing. So sume org akan nampak view satu Melaka. Kat dalam tu sambil naik adalah info2 yg diceritakan oleh staff yg bertanggungjawab.

Lepas Menara Taming Sari kitorg minum2 dulu tepi river. Time tu pun dah pukul 7pm++. Kitorg plan nak balik apartment dulu. Mandi and solat. Rest. baru akan sambung ronda melaka.

Malam tu around 9.30pm baru turun apartment. apsal lambat? Sebabnya smpat dulu tgk masterchef all star. Kih3.iols kan peminat tegar. Kalau boleh taknak tinggal langsung. so malam kami mmg plan nak naik River Cruise. Yeayyy! Seronok bangat. Harga naik RM10/person with MyKad. Masa perjalanan 40minit. Mmg sgt2 cantik  sepanjang perjalanan. Riverside penuh ngan lampu liplap. Along the way tu pun staff yg bertanggungjawab cerita semua tempat yg cruise kami lalu.

After cruising, perut kami memasing dah lapar. Dalam kepala otak aku nak ikan bakar. Tapi pusing2 area bandar melaka tak jumpa. Masuk la sampai ke jonker walk, and ada 1 tu mcm downtown ada kedai2 makan semua. Tapi manalaaa nak dapat ikan bakar tempat mcm tu. Then kitorg isi dulu perut dgn burger. Tanya bro bjual burger tu dia kata area ni mmg xde. Kalau ada pun kat umbai. Jauh. Last2 kami makan kat 1 kedai area tepi sungai melaka gak. Ada ikan bakar and tomyam. Tapi ikan dia ada berapa ekor jek and tak byk pilihan. Boleh laaaaa nak isi perut. After dah kenyang gerak balik apartment and tido! Refill energy utk perjalanan day 2 @ Melaka ;)

Tuesday, January 28, 2014

:: 2nd honeymoon @ Melaka-day 2

Bangun subuh pastu aku tak sambung tido. Incikhubby smbung tido. Almaklum letih 2 days previously keje malam. takpela biarkan dia. Bagi dia rest dulu. Buka pintu sliding door angin kuat masuk. Aircond mmg tak on la. Sejukkkkk. Bayangkan level 11 punya angin cmne. Kuat giler! Aku prepare bfast. Buat sandwich tuna jek pun. Kih3. Bfast dulu sambil tgk tv.

Then around 8.30am aku siap2 nak ke swimming pool. Yeah! Kejut incikhubby. Tu pun mcm nak taknak jek bgn. Adoi. Sabar jela. Hakak dah tergedik2 da ni nak swimming. Lalalla. 9am turun. Tak ramai org lg. Mmg tak ramai sgt pun sbb bukan school holidays. Cer kalau school holidays tengok. Kerusi2 rehat kat tepi pool tu pun jgn harap dapat. Hihi.

Yg bestnya kat Mayangsari ni selain ada swimming pool for kids and adult dia ada jugak jacuzzi. Best sgt2! Hakak yg 1st time ni nak berjacuzzi mcm jakun sket. Oo. Ye kalau nak mandi pool ni kena pakai proper attire. Tshirt is not allowed. Yg laki kena buka baju. Pakai short. Yg wanita kena pakai swimming suit. Yg takde jgn risau swimming suit disediakan.muslimah punya pun ada. Pergi jek amik kat management office dekat ngan pool ni. So no worries ok:) kalau dah swimming pool of cos la hakak tak  abis2 nak belajar berenang. Nasib laaa dapat incikhubby yg pandai berenang boleh la dia ajar sket2. Tapi aku ni tak pandai2 gak. Tenggelam timbul jek. Hahaha.

Lepas sejam dalam pool and jacuzzi kitorg decided nak buat aktiviti lain pulak. Kat cni ada macam2. Playroom for kids, sauna, squash court, ping pong, mini golf, karaoke. Haaa. Korg boleh pilih apa nak buat and main. So kitorg main pingpong and yg paling lama main golf. Teruja oi... hakak 1st time pegang kayu golf. Wakakakaka. Dah puas beriadah kitorg naik apartment. Siap2 nak ke next destination.

After zuhur, kitorg gerak ke pantai klebang. Motiffff? Utk cari barang sesuap dua nasi for lunch. Kalau tak tau jalan cam kitorg ni korang guna jek GPS. Confirm sampai. tak sesat pun. Hihi. Ok. Kat sini lunch kitorg dikenakan harga sebanyak rm15. Nasi and air lebih kurang macam smlm. Ok la. Murah sket. Siap ada nasi tambah.

Pas dah kenyang isi perut terus ke muzium kapal selam. Betul2 sebelah pantai klebang ni. Harga masuk RM1/person. Murah kan. Sangat!  Kat dalam ni mmg sempit and korg bley tgk cmne tentera laut duk dlm kapal selam. Mana tempat dorg tido,masak,kawal kapal dan lain2. Not bad. Dgn harga masuk RM1 mmg sgt2 la berbaloi. Pas da puas amik gambar dlm kapal selam amik gambar luar kapal selam pulak. Time ni mmg sgt2 panas. Terik sgt. Lagipun area pantai klebang still under construction. So ko bley tgk pantai dari jauh jek. Sedih!

Ok. Kalau dah sampai pantai klebang adalah sgt loser kalau tak p pekena coconut shake original klebang. kalau tak tau korg bley Google katne. Macam aku buat. Hihi. Ok. Meh cni aku gtau. Kedai coconut shake ni betul2 sebelah caltex klebang. Kalau dari bandaraya melaka dia sebelah kanan. Ko search caltex klebang then confirm akan nampak kedai coconut shake sebelah dia. Kat sini mak aiiii ramai gile org beratur. Ni bebetul sedap nih. Kalau nak take away bley beratur tepi jalan tu jek. Kalau nak minum situ bley terus ke dalam sket masuk kedai dia. Dalam 15min gak la beratur. Finally dapat jugak. 1 harga dia RM2.50. Berbaloi2. Dia guna ice cream wall's. Ooo. Ye. Kat sebelah kedai coconut shake ni incikhubby beli kopok lekor king. Utk kudap2an. Dah setel beli semua we back to bandaraya Melaka.

Dah sampai bandar terus cari port nak menikmati makanan dan minuman sedap yg dah dibeli tadi. Cari dekat tepi2 sungai jek. Kat situ ada banyak kerusi and view pun cantik. Dalam nak cari2 tempat tu boleh lak terserempak ngan schoolmate. Maksud aku kawan incikhubby. Kawan dia kawan aku jugak. Eh! Hehe. Da dapat tempat terus la mengadap makanan and minuman sedap tadi. Perghhhh! Mmg 'thor'baik laaaaa coconut shake. Sedap bangat! Makan lak dgn kopok lekor king tu. Nyum3!

Pas perut kenyang dan hati pun senang kitorg teruskan lagi jalan2 area bandar Melaka. Dalam jalan2 tu terjumpa pulak cousin incikhubby. Dah jumpa kita amik gamba dulu! Hahaa. Ronda2 area bandar jalan kaki jek sebab tak besar pun bandarnya. Kalau tak larat jalan korang boleh naik beca. Tak silap naik beca RM10/person. Kitorg tak naik pun. Prefer utk jalan kaki jek. Yg bestnya beca2 semua cantik2 dan dorg siap pasang lagu and speaker kemain besar.seronok! After da penat berjalan nak dekat kul 6pm kitorg decided balik bilik and sambung jalan2 lagi malam nanti.

Dah sampai bilik incikhubby ajak g pool. Turun tu incikhubby sorg jek mandi. Aku decided nak rehat tepi pool jek. Sampai tertido2. Ngantuk oiii!hahaha. Dah puas dia mandi pool kitorg main golf lagi. Gaya macam org2 kaya kan. Wakkakakaa. To be continued for day 3 @ Melaka :)