ADS

ADS

Showing posts with label :: Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label :: Pregnancy. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

:: Checkup. 29 weeks

Assalamualaikum wbt... 

Selamat menyambut keputeraan Sultan Selangor. seronok kan cuti hari ni. tapi untuk org2 yang bekerja di Selangor sahaja. even tak cukup sehari. tapi ok la dari takde cuti langsung. ye tak? hehe. harini even cuti aku ada checkup kat HUKM. spt biasa akan ditemani incikhubby tersayang:)
checkup mcm biasa la kan. timbang berat, blood pressure, urine test and jumpa doc. ohh ye. arini takde scan. aku tanya doc kenapa tak ada scan. doc kata since scan2 sebelum ni menunjukkan baby aku tak ada masalah apa2 (Alhamdulillah:)) so this month takde scan. doc kata kenapa nak scan? aku pun jawab la. coz  I stll tak tau gender baby. doc bley plak gelak kan. then dia kata its ok. nx month la scan. :)

ermm. tapi kan, nak cerita ni. baby aku still breech (songsang). patutnya baby aku mcm kat gambar bawah ni:

29 weeks from babycenter

tapi tadi doc check perut aku, kepala baby aku still kat atas. adoiii. risau.... tapi doc tak kasik aku risau. dia kata tunggu baby pusing dulu. tengok nx month macam mana. kalau breech lagi maybe kena betulkan la. huhu.

notes to my baby: sayang, pusing cepat2 tau. jangan kasi papa and mommy risau k. kalau bley mommy nak bersalin normal. tak mau czer. hopefully baby pusing ke bawah ok. 

Ya Allah permudahkanlah urusan mengandung and bersalin ku ini. Amin ya rabbal 'alamin..... 



Sunday, November 25, 2012

:: Mommies & Daddies To-be Day ouT!

:: 24 November 2012 
:: Saturday 
:: 4.30pm
:: Putrajaya
:: Mommies & Daddies-to-be Day ouT!

Details pasal day out tadi. siyesly, mmg best! Alkisahnya, mula dari fb la. dah duk cerita2, berkomen2, last2 kakak aku kasi idea kitorg g amik gambar since kitorang bertiga tgh pregnant. oooo. ye. kitorang bertiga tu adalah aku, ika and fatin. actually x cukup korum. ada lagi sorang. cik aunty gojes. cik rabia. tapi dia ada oustation lak. so tak dapat join. its ok la. mmg taknak pospon coz fatin dah sarat. tunggu hari jek. kang terberanak tak sempat amik gambar perut masing2 bertiga. hehe. kitorang berempat adalah bff since primary school taw. kira la brape lama kitorang da kawan. lama woooo....

Actually janji pukul 4pm. tapi janji melayu namanya. last2 4.30pm gak. aku la yang paling lambat. ehhh. tak. cik photog iaitu kakak aku yg paling lambat. mula2 aku nak pergi sorang jek. sekali incikhubby kata dia keje malam. ehhhh. bolehlah teman aku kan. aku bukan takmo pergi sorang2. aku ni kan buta jalan. kang sesat kat Putrajaya sape susah??? hahahaaa. last2 incikhubby teman gak.

couple yg first skali sampai adalah fatin and hubby:

2nd adalah ika and hubby:

and couple last sekali aku and incikhubby:

tapi yang paling lastttttt sekali sampai kakak aku. cik photog for today:


Agenda 1st adalah makan2. since kami buat potluck so lepak kat tepi tasik jek. puan fatin bwk KFC+tart. puan ika bawak cake+tropicana juice. aku pulak goreng nuget+sosej. ehhh. bukan aku. incikhubby yg tolong goreng. ngeh3.

kita makan dulu!!!!!


after makan pergi solat dulu kat masjid besi. then after tuh baru lah posing-memosing uols!!!! takmo cite banyak. tengok gamba jomsss!

muka excited!

dari start sampai abis kitorang tak abis2 gelak! hahahaa.

gelak lagi. fatin paling excited!

gedix mommies!

bagi chance la org bersalin awal duk tengah2. hehee

ayu kunun!

loving couples!

sweet!

candid! suka sgt!

depan Istana Kehakiman :)

ok. enough! lain2 gambar aku upload kat fb la yer. ni macam ala2 teaser jek. hahaa. puii! ehhhh. ble lagi la dapat macam ni. masing2 da nak berbaby. ada anak nanti bila la bley posing-memosing cam gini lagik. tapi boleh jek kan. tapi that time posing dgn baby masing2. tak gitu? hehe. siyesly, seronok sgt harini. dah berapa lama tak jumpa and borak macam tadi. gossiping sume pasal pregnancy jek. almaklum masing mommies to be :)

btw, thanks to korang coz dapat spent time mcm tadi. thanks to incikhubby coz sudi temankan. and lastly big thanks to my sis coz jadi amatur photog tadi. A day spent with u friends is always a day well spent :) nanti kita jumpa lagi and posing-memosing lagi yer. time tuh kena cukupkan korum. aunty to be, cik rabia kena ada plak yer ;)

p/s:: tadi try pakai kain batik kat umah. saja nak try coz nanti berpantang kena pakai kain batik kan??? ok. frankly. aku mmg tak reti pakai kain batik. jadi tah pape. oit2. jgn gelak la....huhu. sape tau pakai kain batik? ajari aku boleh???? incikhubby kata pakai kain pelekat boleh la beliau ajar. cehhh!

p/s:: cepat lak rambut aku panjang. baru potong last 3weeks. da boleh ikat balik. dah mcm Dora the explorer pun ada rambut aku ni. haisssshhhh!


p/s:: perut aku selalu senget. baby selalu duk belah kanan. ble time senget tu mcm nak gelak pun ada tengok perut sendiri. hehehe. 



Wednesday, November 21, 2012

:: Checkup + suntikan ATT

Last Monday ada checkup kat KKIA. checkup kat KKIA as usual waktu petang. dan seperti biasa juga ofcos la incikhubby yang teman kan. hehe.
ok. macam biasa.timbang berat (Alhamdulillah. naik 2kg) then check blood pressure (Alhamdulillah. normal). urine test (Alhamdulillah. ok) and blood test (Alhamdullillah normal). then after dah checked semua2 tu kena tunggu utk masuk bilik rawatan iaitu kena jumpa dgn nurse. part nih mmg lama sikit la nak tunggu. tapi nasib baik klinik ni selesa. so takde la rasa serabut sgt. so bile dah sampai turn aku. nurse suruh baring kat katil. check perut and ukur tinggi rahim dan juga check jantung baby. Alhamdulillah jantung baby ok. average degupan 147 - 150 :) time ni mula2 nurse suruh aku start kira dah carta gerakan baby coz dia ingat aku dah masuk 30weeks (nurse nih ikut EDD yg mula2). pastu aku gtau la apa yang doctor HUKM gtau aku (penat taw nak cerita byk kali. rasa nak kena rekod jek story pasal date EDD aku nih). so pregnancy aku ni baru 25 weeks. nurse yg ukur tinggi rahim pun gtau aku yg ketinggian baru 24cm jek. then nurse tanya dah buat ke suntikan kancing gigi? aku pun cakap la belum. nurse suruh aku buat pas checkup tuh. aku dah cuak. gila ko. kena jumpa jarum lagi. huwaaaaaa :'( takmau!!!

tapi nak buat camna kena buat gak. so aku kena la pergi bilik suntikan hantar buku merah and tunggu lagi sampai no. kena panggil. dah sampai turn aku pun masuk bilik tuh. dalam tuh ada sorang lagi tengah kena suntik. muka mmg cuak jek aku tengok. aku ni lagila kecut perut tgk jarum tuh. tapi cuba sedapkan hati kata alaaa jarum ni kecik jek. jarum amik darah aritu lagi besar. huhuu. dah sampai turn aku, aku tanya nurse suntikan ni utk apa. nurse cakap ni untuk kancing gigi dan cegah kuman .nama saintifiknya ialah suntikan Anti Tetanus Toxoid (wahhh. gitewww!) nurse tanya aku nak inject belah mana. aku terus kasi tangan kiri. even tgn kiri aku ni tak berapa elok lagi pas amik darah aritu. ok. nurse start inject. ok. tak sakit mana pun. mcm inject time form 3 dulu2. hehee. mcm kena gigit semut jek. so mommies jgn risau ye. tak sakit mana pun. ok tipu. adalah sakit sikit pas dia da masukkan vaksin tuh. sakit biasa jek. amik darah lagi sakit dari inject ni taw! huhu. dah selesai inject aku tanya nurse lagi. ni sekali jek ke inject? nurse kata kalau 1st time pregnant kena 2x inject. apa maknanya tuh? maknanya next month checkup kena inject ATT ni lagi coz aku baru 1st pregnancy. kalau dah banyak kali pregnant baru die inject sekali jek. adoooooi! kena jumpa jarum lagi next month. huwaaa. :'( takpe la. for you my dear baby :)

credit to google


Monday, November 12, 2012

:: MOGTT @ Ujian air gula

Hye!

Selamat Hari Deepavali utk semua yang meraikannya esok. korang dah start cuti ke? almaklumlah selasa cuti, khamis cuti. mesti ramai yang amik cuti straight gitew kan? hehe. aku? tak cuti pun. hado je kat opis ni haaaa.

ermmmmm....
actually nak cerita.......pasal test minum air gula atau bahasa sains dia MOGTT yang aku buat kat HUKM tadi. test ni nak uji samada kita ni ada diabetes ke tak. aku rasa tak semua akan buat test nih. tak silap aku normally org yg ada keturunan diabetes or history pregnant before this ada menghidapi diabetes baru kena buat. tapi according to doctor yang suruh aku buat test ni dia kata sebab umur 26 tahun ke atas and pregnant so mmg wajib buat. coz aku tanya kenapa aku kena buat sebab result time checkup semua ok and family aku takde history diabetes. bila odctor dah terangkan baru aku faham. appointment dah buat last week. then harini pagi2 buta2 aku and incikhubby g HUKM. sebab nurse tuh kata before pukul 8am kena ada kat Makmal C.

so pukul 7am dah gerak dari rumah. jalan pun clear. sebab sekolah dah start cuti + ramai yang dah cuti. so before 7.30am dah sampai HUKM. aku seperti biasa sampai2 nak pergi toilet dulu. sejak pregnant ni asik nak ke toilet memanjang. nak membuang air kecik. oooohhh yeaa, before kena buat  test ni aku kena puasa dari pukul 10pm. tak boleh makan ape2. boleh minum air masak jek. makkkk aiii. mmg lapar la! tapi nak wat camne kena ikut gak. kang result tah pape tanggung sendiri k...

Klinik O&G buka pukul 8am. so aku and incikhubby menunggu la depan klinik tuh sampai buka. dah buka mmg berduyun2 la org masuk. aku lak terus menuju ke Makmal C. dah expert da kat klinik ni sbb dah selalu pergi. hehe. so sampai situ letak la form. tunggu lagi. sempat la borak dengan 2 orang makcik ni. macam2 ceritanya. then dalam pukul 8.25am nama aku kena panggil. ok. dah start nebes. gilo ko. sape tak nebes sbb kena amik darah. bila masuk jek terus aku kasik tangan kiri. kang tangan kanan kang susah la nak wat keje kalau sakit. then nurse tu tepuk2 sikit kasik keluar urat. then aku nampak dia amik jarum. eeeeeeee....takut. tak sanggup. aku tutup mata. nurse ikat tangan aku and dia ckp tahan sikit ye. aku senyum jela dgn mata tertutup. nurse cucuk and tarik keluarkan darah. ok. rasa mcm nak jerit pun ada. aku takut jarum wei! (mungkin sbb tuh aku tak ditakdirkan utk jadi doctor mau pun nurse!) then dah setel amik darah nurse suruh amik air gula. dorang dah letak siap2 dalam polysterin cup. aku pun pergi dengan harapan nak amik cup yang airnya sikit. sekali hampeh! semua cup sama level jek airnya. cisss! amik jekla mana2. terus duduk. sebelah aku adalah akak sorang tuh. aku tgk dia relax jek minum air gula/glukos tuh. aku pn rasa sikit dulu. oooooo. air glukos biasa ke. aku dengan pantas minum sampai abis. hahahaa. hebat tak mak uols? serius sedap air gula tuh. takdela teruk mana pun rasa dia. kalau boleh nak lagik. hehehee. dah habis minum air gula aku pun pergi kat nurse. dia bagi aku satu kertas. dia cakap, nanti pukul 10.25am tepat datang balik sini ye. kita amik darah kali ke2. tapi still tak boleh makan apa2. nak minum pun air masak jek. sikit. dalam hati aku, erkkk? tak boleh makan lagi ke? baru jek rasa nak bedal nasi lemak kat cafe HUKM tu japg. huhu. so kuar dari makmal terus jumpe incikhubby. incikhubby ajak g cafe coz nak makan. so teman la incikhubby makan sambil aku baca paper. jeles gak tengok incikhubby makan. sedapppppppp jek sandwich tuhh. huhu. dah abis makan kitorang terus g kat kereta. nak rehat. incikhubby nak tidur katanya. sebab lama lagi nak tunggu. time tuh baru pukul 8.45am. lagi 2 jam kotttt. so dalam kereta aku mmg terus tidur la coz ngantuk sgt. hehheee.

dah puas tidur tengok jam dah pukul 10.15am. tu pun sbb alarm bunyi. kalau tak maunya kitorang tak sedar lagi. hahaaa. then terus balik ke Makmal C utk amik darah kali ke2. kali ni aku tanya nurse, nak tangan yang tadi ke tangan kanan pulak. nurse pun check tangan kiri mula2. then dia kata. bagi tangan kanan la coz tangan kiri aku tuh dah bengkak kena cucuk tadi. so aku pun bagila tangan kanan. and procedure sama jek cam memula tadi, tapiiiiiiiii kali ni darah tak mau keluar. then nurse keluarkan jarum and cucuk lagi sekali. still darah tak mau keluar. adalah terpancut sket darah. aku dah start nak nangis. sakit wei.....! huhu. then nurse kata. darah tak keluar la. kita try tangan kiri lak. aku pun bagi la tangan kiri even tau confirm sakit ni coz tangan kiri aku tuh mmg dah bengkak. nurse pun try cucuk lagi. tapi aku dengar dia kata. ish, napa tak keluar ni. then nurse sorang lagi datang kat aku. dia kata kat nurse tuh, cucuk dalam sikit lagi. dalam hati aku kata, tau tak sakit????? time dia cucuk dalam sikit tuh aku rasa nak jerit. argghhhhhhh!!!! cepat la amik darah aku. huhuu. tapikan nasib baik nurse ni baik. mintak maaf banyak kali. so takdela aku rasa nak marah sgt. dah berjaya amik darah tuh aku terus kuar. before keluar nurse pesan suruh aku tekan sikit kapas yang cover darah tuh coz dia kata urat aku besar and darah akan senang mengalir banyak. huhu. dah keluar terus pergi kat incikhubby. muka aku dah sedih dah time tuh. airmata tinggal nak jatuh jek. terus cerita kat incikhubby. dia kata, biasala tuh, tangan rasa lenguh2 and bengkak sket sbb amik darah. time nak kua HUKM airmata aku dah mengalir laju. sakit weiiii.... tapi kejap jek pun nangis. dah sampai kereta dah ok balik. hehe. tapi still rasa sakit.  tangan kiri aku mmg tak bley gerak memula. coz sakit. dah lama2 baru ok. nx time takmo lagi amik2 darah. boleh tak??? huhuu. ohhh yea, result test ni tak keluar on the same day. 2days after baru kuar. so aku kena tunggu 14hb. nurse tuh kata HUKM yang akan call. if ada problem dia akan bagitau. and if dia takde call maknanya Alhamdulillah result takde masalah pape.kalau nak tau jugak 14hb tu call jek la HUKM balik tanya. hopefully result aku takde masalah pape. Amin.....

nampak tak darah tuh and kesan2 cucuk kat tangan aku. huhu. :(