ADS

ADS

Showing posts with label :: 2012. Show all posts
Showing posts with label :: 2012. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

:: Update pasal baby pulak :)

harini nak update pasal pregnancy aku la.hehe. semalam update status kat fb:

:: tadi g checkup. sebelum ni doc kata due akhir bulan jan nx year. tapi tadi doc kata pulak due akhir bulan feb. ehhhh. mana 1 nak ikut ni? huhuu. konpius laaa...
 
nasib baik la ada org2 yang bagi suggestion. confuse jugak. coz aku checkup 2 tempat. kat Klinik Kesihatan (KK) and HUKM. 1st day of last period tuh mmg betul date dia. coz aku ingat betul2 lagi. dekat KK diorang kira EDD aku 23/01/2013. tapi bile kat HUKM doc kata salah. doc cek perut and dia kata aku MAYBE due on 26/02/2013. sebulan taw beza. tak pasal2 aku kena bebel ngan doc kata aku bagi date salah. aku pun menjawab la (aku mmg suke menjawab ngan doc) sy punya date tu mmg betul confirm. last2 doc kata maybe telur yg disenyawakan tu lambat sbb tu EDD aku lari ngan date aku. b4 this aku da pernah buat 2 scan. yang 1st time 8weeks kat Klinik Jessy Balakong. yg ni tulis kat scanner tu aku EDD dlm pertengahan bulan feb2013. 2nd scan kat Klinik Kita, Cheras Perdana. doc pun confuse kata aku EDD dlm bulan Feb2013 gak. yg aku ni laaaaagi la confuse. huhuu. then Selasa aritu checkup kat HUKM doc informed EDD akhir Feb2013. last2 doc kata bawak semua gambar scan tu untuk next checkup. dia nak tengok. hurm. tunggu nx month la baru tau date betul2 kot. 

aku pun whatsapp la kakak aku tanya. dia kata ikut date yang aku bagi tuh kalau kira-kira untuk 40weeks mmg EDD aku Feb2013. heee. bila call mak aku tanya. mak aku ckp mmg Feb la tu. aku ckp la kat mak aku. mak, betul ek kalau 7 bulan da start prepare barang semua? mak aku ckp "alaa. takyah. yang penting siap duit je". smpoi kan mak aku ckp cm gitu. anak ada 6 babe. byk experience. haha. aku pun ckp la. nape nak siap duit lak? sbb bersalin nanti guna GL incikhubby jek. hehe. pastu mak sambung " kalau siap duit kan lagi senang. time tu nak beli apa pun boleh. apa yg nampak perlu beli jek terus time tuh. aah, betul jugak ckp mak aku. tuh. hehe. tapi kalau nak beli gak mak aku kata da masuk 8months nanti boleh la. beli baju sikit untuk new born. baby membesar cepat. hehe. ok3.... :)

hurm. sampai sekarang aku still tak tau baby aku ni boboy ke gegurl. aritu time checkup kat HUKM baby kepit kaki dia. so tak nampak. alaaaa. hehe. takpela. scan nx time la ye. excited jugak nak tau ape jantina baby. takmo surprise2. tak menyabar kan aku. haha.

semalam baby kurang gerak. risau aku. aku sekarang dah boleh tau selalu baby aku aktif gerak time bila. so semalam kurang jek. msg incikhubby. dia kata jgn risau. aku tak boleh. risau yg amat. siap nak nangis jek. huhu. last2 tgahari sket baru start gerak . baru bangun kot. hehee. balik dari keje jek incikhubby ckp ngan baby " baby gerak byk2 taw. jgn bagi  mommy risau". dan harini baby aku sgt mendengar kata daddy dia. aktif betul gerak harini. Alhamdulillah. terus aku msg incikhubby tadi gtau. Good baby ni mendengar kata mcm mommy die. awww! hahaa.

ni jek la update for now. nanti ada lagi cerita2 aku update lagi yer. nak balik umah da ni. 
kbye!

 



Friday, August 24, 2012

:: KadKahwinku.

Kad kahwin sy yg sgt simple. from kadkahwinku.com
tak kesah cmne asalkan kaler purple. so disebabkan nak cepat ni kad yg available. ok nice. simple! ;)




:: Solemnization, 20January2012, 26Safar1433H :)

Majis nikah kami on 20January2012, 26Safar1433H bersamaan dengan hari Jumaat.aku cuti sehari sebelum nikah, on Thursday. mula2 mcm2 nak buat time tu. nak pergi SPA, mani, pedi, macam2 la! last2 semua nan ado! aku bz dengan persiapan kahwin. kemas2, tolong kakak aku siapkan pelamin nikah so on so forth. yang sempat aku buat potong rambut jek. tu pun abah yang hantar and dekat sgt dengan rumah. mak aku dah tak kasi keluar rumah dah. tak elok katanya. so aku ikutkan jek ;) hari Khamis tu makcik aku 2 orang dah ada kat rumah. tolong2 masak and siapkan apa2 yg patut since mak aku decided nak masak sendiri on hari nikah. aku ikutkan jek. makcik aku sorang tolong buatkan sirih junjung utk aku. dari pagi sampai ke petang aku berkemas and menyiapkan apa yg patut.

malam tu dah siap2 semua aku just tengok kakak aku siapkan hantaran and tengok makcik aku siapkan sirih junjung. kakak ipar aku pulak tolong siapkan bunga rampai. aku tolong tengok jek coz da penat siang tu. dah malam sikit baru pakai inai. opah and makcik aku pakaikan. inai asli tau. amik dari pokok and blender sendiri. tapi bukan aku yg buat. mak yg buat. hehehehee. time pakai inai tu aku dah mengantuk giler. bayangkan dah pukul berapa time tuh. nasib baik BFF aku cik Fare selaku pengapit aku ada temankan aku berborak jap. last2 tak larat aku bungkus kaki tangan aku dgn plastik and tido. keh3. tapiiiiiii.... bangun2 pagi esoknya. abis inai bersepah. melekat di tempat yg tak sepatutnya. time tu menyesal dgn diri sendiri. haaaa. sape suruh tido time inai tak kering lagi. pagi2 buta tu macam2 cara aku  buat nak hilangkan inai yg melekat kat tempat tak sepatutnya tu. guna thinner, clorox, nail polisher. semua tak memberi kesan apa2. huwaaaaa... last2 redha jek la. takde sape nak tengok pun kan. hahaa.

aku nikah after solat Jumaat, pukul 3pm. kakak yg makeup dtg dalam pukul 1230 mcm tu. mmg awal and punctual. ohhhh. ye. aku amik service from Kimie Kajang. mmg terbaikkkkkk la. Kimie mmg seorang peramah. and pandai bagi idea. korang boleh pilih yg nak makeupkan korang tu yg pure woman or tak. so aku pilh yg pure woman iaitu kak Firdawati. akak ni mmg peramah k. suka aku. takdela aku bosan sepanjang berapa jam mekap tu. dan paling best beliau mekap cantik sgt! ke aku yg perasan cantik??? kui3.

Time tengah mekap tok kadi call kata nak cepatkan majlis. ohhhh my.... time tu baru pukul 230pm. tapiii nasib baik family incikHubby mmg da ada kat area Semenyih. diorang solat Jumaat kat masjid kem PGA Semenyih jek. tapi aku still cakap dengan tok kadi aku still nak buat pukul 3pm and cakap kat tok kadi dont worry pihak laki dtg on time. Alhamdulillah pukul 3pm tepat semua dah siap berkumpul kat rumah aku. acara bermula dan berakhir dengan lancar. dan paling best incikHubby cool jek. sgt2 cool. tu yg menghilangkan sikit rasa neves aku. hehe. Alhamdulillah.

okla. jom kita layan gambar sepanjang majlis yer ;)

aktiviti susun hantaran. hiasan kat tangga belakang tu aku and kakak aku yg deco;)

dengan pengapit aku. cik Fare canteq

amboiii. gelak sakan no. time ni incikHubby buat lawak pulak. hahahaaa.
kemain lagi kuat incikHubby genggam tgn abah.haha
Alhamdulillah. selamat sudah
muka lega!
mentang2 kahwin time CNY. maskahwin pun letak dalam sampul CNY. hehe
salah 1 acara batal air sembahyang
maluuu! hahahaaaa.

my familia!

perimbunians BFF!

incikHubby's family

our friends!
all the Ida's

baju simple kurung moden+kain kembang ala2 dress. thanks to my sis tolong belikan kat Bandung and kak ina tolong merealisasikan impian aku nak baju ni. HB deco by me. nak sgt bunga hidup so b4 nak start majlis baru start buat. hehe
acara baling bunga. hahahaa. sedih gak bunga dah diambil orang. huwaaaa.
makanan on nikah day. thanks mak and makcik ku!

bukak hantaran!

hantaran from incikHubby. bekas hantaran recycle dari hantaran tunang kami dulu. bajet! hehe

hantaran from me to incikHubby. bekas hantaran makcik aku punye, recycle from my cousin. bajet lagik!

Alhamdulillah semua berjalan lancar on my solemnization. Thank you to my family. abah, mak, abijam, kakniza, kakmimi, abg zul, cikyang, kakak, kakcik, makcik2 ku (mama we and chu), all my friends, fare as pengapit, ekin e and yani. kepada family incikHubby, kawan2 beliau and kepada semuaaaaaaaaa guest yg hadir dan menjayakan majlis. thanks u sooooo much! hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Amin... :)

p/s: entry reception dalam next entry ;)

:: Dengan Sekali Lafaz... :)

20 January 2012, 26 Safar 1433H

Abah: Mohd Syapri Bin Zulhalmi.

IncikHubby: Ya, saya.

Abah: Aku nikahkan dikau dengan anakku Ida Syahirah Binti Ibrahim dengan maskahwinnya Tiga Ratus Ringgit Tunai

IncikHubby: Aku terima nikah Ida Syahirah Binti Ibrahim dengan maskahwinnya Tiga Ratus Ringgit Tunai

Tok kadi: SAH?

Para saksi.: SAH!



incikHubby muka nervous :)

Alhamdulillah... Syukur... Perasaan? Erm. Tak terfikir apa2, rasa blur pun ada. Bila dah lama sikit baru rasa gementar. Ya Allah... aku dah jadi isteri orang. bukan lagi di bawah tanggungan ibu bapaku, aku dah ada seorang suami yang akan jaga aku dan tanggung semuanya.

muka senyum. dalam hati dup.dap.dup.dap. nervous!
 "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

kalau dulu sebelum kahwin nak keluar rumah kena minta izin mak abah sekarang kena minta izin incikHubby. mula2 dulu tak biasa. still call mak aku gtau nak g mana. pastu fikir2 baik. ehhhh. aku kan dah kahwin. bagitau jela kat incikHubby. hehee. nak buat apa2 pun kena mintak incikHubby. nak pakai baju pun tanya dulu. ok tak baju ni? kalau ok baru pakai. kalau tak aku tukar lain. pastu dulu2 mak masak. aku tukang makan jek. sekarang dah tak. kena fikir hari2 nak makan apa, nak masak apa. susahnya tau nak fikir makanan apa yg nak dimasak hari2. baru tau susahnya mak dulu nak fikir apa nak masak hari2. huhu. kalau dulu apa2 semua tanya mak abah nak buat itu, nak buat ini, nak buat camne. tapi sekarang kena fikir sendiri and discuss semua dgn incikHubby. kalau dulu rajin jek update aktiviti kat FB. sekarang kena kurangkan. kalau buka FB pun tgk status org. like2 status org, gambar org. dah tak boleh nak meluah perasaan macam dulu2 kat FB. sbb tempat meluah perasaan dah ada kat depan mata setiap hari. beliau ialah incikHubby :) Kesimpulannya, tanggungjawab semakin banyak bila dah berkahwin ni. bukan senang2 jek kahwin tapi tak tau motif apa, tanggungjawab macam mana. Dalam 7bulan aku dah berkahwin ni aku still cuba nak mengenali incikHubby. yela, dulu before kahwin lain. lepas kahwin baru tau perangai masing2. and incikHubby sendiri pun sedang memahami perangai aku yg beliau anggap pelik. citttt! ;)

p/s: story sepanjang majlis dalam next entry pulak ye! :)

Sunday, January 8, 2012

:: busy here and there!

Hi all...this is my 1st entry for 2012... i think its not too late for me to wish all of u HAPPY NEW YEAR 2012! :)

ok...lately i've been so busy preparing for my BIGGGG DAY...:) need to prepare everything less than 2months since we just decided the date for our wedding...:)

from date for nikah, reception, borang nikah, venue, catering, bridal, all the hantarans, goodies, everything!!!penat rupenya nak kawen ni kan..hehe..luckily we are going to held 1 event jek..share event..senang! :)

that 1 is preparation for kahwin, after kahwin many things need to be think. from rumah sewa, barang2 yg kena ada dlm rumah sewa...EVERYTHING! hadoiii....

hurmmm...for all...doakan kelancaran majlis kami ni nanti ye....thanks..:)
kepada semua yg mengenali...silalah dtg majlis kami ni nanti...:)